Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, April 25, 2010

Love Is

I Love that person
That Person makes me smile
Even the scars, that were in my heart

Tuesday, September 15, 2009

Najiha & Ajib… Part 1

Usai solat sunat hajat, Najiha berteleku di atas sejadah. Malam ini permulaan malam Ramadhan. Hari ini dia berkesempatan menunaikan solat Terawikh bersama-sama suami di  masjid berhampiran dengan rumah mereka. Ramadhan datang lagi. Ramadhan yang dirindui saban tahun. Datangnya Ramadhan membawa seribu harapan yang membara di dalam jiwa setiap insan yang merinduinya.
Teringat Najiha kisah awal pagi tadi di hospital. Terbayang wajah kegembiraan seorang lelaki bergelar suami dan bapa di bilik bersalin. Betapa berseri dan terujanya wajah lelaki tersebut apabila dihulurkan bayi miliknya yang lahir dari rahim isteri tercinta. Betapa comelnya anak kecil yang masih merah di dalam bedungan itu. Terasa kasih sayang yang mengalir di antara mereka. Si ibu yang telah mengerah kudrat untuk melahirkan permata hati juga masih mampu tersenyum memandang si comel yang berada dalam dakapan suami.
‘Ya Allah, Ya Tuhanku… izinkan aku memberikan kegembiraan sebegitu buat suamiku… juga buat seluruh keluargaku.’
Doa Najiha tidak pernah putus-putus untuk perkara yang satu itu. Hidup mereka sekian lama tidak dikurniakan cahaya mata penyeri. Dia amat mendambakan saat-saat manis seperti itu bersama Ajib, suaminya. Juga sebagai penyambung zuriat dan keturunan mereka kelak. Tetapi sampai bilakah keajaiban itu akan berlaku? Dia juga kepingin melihat wajah suaminya bercahaya sambil mendukung si kecil dalam gendongan. Dan mereka sama-sama tertawa memerhatikan si kecil mereka. Bahagianya saat itu.
Najiha beredar ke arah katil. Dia merebahkan diri di atas tilam. Ajib masih di bilik kerjanya, menghabiskan sedikit tugasan yang tinggal. Najiha cuba memejamkan matanya, cuba memujuk diri agar lena sebelum bangun untuk bersahur.
Ajib memasuki bilik peraduan setelah selesai dengan kerjanya. Harum bilik tersebut, mengusir rasa gundah di hati. Dihampiri peraduan yang sudah ada bidadari di atasnya. Sekuntum senyuman dari bibirnya terukir. Perlahan-lahan dihampiri bidadari hatinya itu. Diusap kening Najiha dengan cukup perlahan, lalu dikucup ubun isterinya itu dengan cermat.
“Tak boleh tidur lagi la tu! Apa yang Najie fikirkan ni, hmm?” Lembut bisikan lelaki itu di telinga Najiha.
Najiha seraya membuka mata saat terdengar bisikan halus suaminya.
“Najie tak tahulah… dah puas pejam mata. Masih tak mahu lena.” Najiha melepaskan keluhan. Ajib menarik Najiha dekat ke sampingnya.
“Abang tahu apa yang Najie fikir. Najie… selagi Najie dengan abang, dah cukup buat abang gembira. Soal anak… itu urusan Tuhan, sayang! Don’t think too much! You’re my baby right now!” Pujuk Najib sambil bermain-main dengan anak rambut di dahi Najiha.
“Najie rasa diri tak sempurna sebagai perempuan, abang. Dan Najie yakin, abang pun memang mahukan anak kan… Jangan tipu Najie yang abang tak mahu anak. Kalau abang nak kahwin lain…” Belum sempat Najiha menghabiskan ayatnya, Najib pantas menekup mulut isterinya itu.
“Najie satu-satunya… tak akan ada orang lain sebagai yang kedua, Najie. Tolong jangan sebut tentang tu lagi. You are the only one! Soal anak… kita boleh berusaha selagi boleh, Najie. Itu mungkin dugaan Tuhan pada kita, siapa tahu kan! Mungkin Tuhan belum berikan kita rezeki tersebut sebab kita masing-masing mungkin tiada masa untuk diluangkan bersama anak tersebut jika ia lahir. Ataupun dalam diri kita ni masih belum cukup ilmu keibu bapaan. Sabarlah sayang… kita cuba apa yang terdaya. Tuhan takkan mensia-siakan umatnya yang sentiasa ingin berusaha.”
“Now, close your eyes. You need to sleep, baby! Esok masih banyak cabaran yang kita berdua bakal tempuh. But… please remember one thing! I love you very much, dear!” Najib menghadiahkan kucupan hangat di pipi isterinya itu.
“Thanks my dear hubby… You’re always make me calm. I love you too.” Ucap Najiha.
“Shhh… time to sleep, dear. Sleep, ok!” Bisik Najib dengan senyuman sambil merebahkan kepalanya di bantal.
Keesokan paginya Najiha keluar selepas selesai bersahur. Subuhnya seperti biasa, di hospital tempat dia bertugas.
‘Baby… luv you, alwez!’
Titipan pesanan ringkas dari suaminya Ajib, membuatkan senyuman tak pudar diwajahnya pagi itu. Malah bukan pagi itu sahaja… Ajib tidak pernah terlepas seharipun menghantar pesanan ringkas kepadanya saat dia memulakan harinya di tempat kerja. Itu kebiasaan mereka berdua. Dan dia akan membalasnya dengan penuh kata-kata cinta. Walaupun perkahwinan mereka sudah melangkau tempoh lapan tahun lamanya. Cinta mereka bagai baru. Mekar bagai bunga setiap hari.
“Doktor Najiha, ada pesakit dalam bilik doktor. Dah buat appointment semalam.” Beritahu seorang jururawat bernama Seha.
“Puan Najwa ke?” soal Najiha.
“Ye. Dia tunggu doktor kat dalam.”
“Terima kasih, Seha.”
Najiha memasuki bilik rawatannya. Ternyata di dalam sana bukan sahaja Puan Najwa, malah suaminya turut serta disampingnya.
“Selamat pagi, Najwa. Maaf, saya ada urusan di jabatan tadi. Sedar-sedar dah terlambat lima minit.” Najiha berbahasa bagi memohon maaf atas kelewatannya.
“Tak pe, doktor. Wa baru je sampai.” Wanita yang bernama Najwa itu tersenyum manis di samping suaminya.
“Marilah… kita masuk ke dalam, buat pemeriksaan. Kalau Nazri nak ikut sekali pun tak apa.” Najiha melayan ramah pesakitnya itu.
Najiha melakukan pemeriksaan rutin ke atas pesakitnya itu sambil diperhatikan suami Najwa.
“Alhamdulillah. Lepas ni Najwa dan Nazri patut bersyukur dan berbahagia kerana Najwa bakal bergelar seorang ibu.” Beritahu Najiha gembira.
“Ya Allah, betul ke doktor?” soal Najwa seperti tidak percaya. Dia tidak punya tanda-tanda seperti ibu mengandung lain, cuma selera makannya sahaja bertambah dan jadual datang bulannya lewat dua bulan.
“Tahniah Najwa, Nazri. Lepas ni datang buat pemeriksaan seperti yang ditetapkan. Insya Allah, saya doakan kandungan Najwa ni sihat.” Ucap Najiha, turut terbias rasa gembira diwajahnya.
“Terima kasih, doktor. Ni semua atas jasa baik doktor juga. Lepas pembedahan buang fibroid hari tu, saya macam putus asa untuk cuba mengandung lagi. Doktor yang banyak bagi nasihat pada saya, untuk saya terus mencuba.” Najwa ternyata amat gembira dengan berita yang diberitakan itu. Nazri menggenggam erat jemari isterinya itu. Dia juga turut rasa gembira dengan berita yang dikhabarkan Doktor Najiha kepada mereka.
“Semua ni kuasa Allah, Najwa. Kita hambaNYA harus rasa bersyukur. Ini rezeki untuk Najwa dan Nazri.” Ucap Najiha untuk kesekian kalinya.
Inilah kegembiraan yang dinanti-nanti pasangan suami isteri yang sudah sekian lama mendirikan rumah tangga. Kehadiran permata hati amat dinanti-nanti sebagai penyeri keluarga. Najiha juga seperti mereka, amat menanti-nantikan saat gembira itu yang entah bila kunjung tibanya.

Riana: Dah lama Riana tak menulis. Bila nak mula balik, rasa macam kekok je mengarang ayat. Dalam masing-masing dalam mood Raya ni, Riana terfikir untuk buat kisah Raya untuk setiap watak-watak yang pernah Riana ciptakan. Para pembaca yang mengikuti cerita-cerita Riana pasti nak tahu apa yang telah berlaku dalam kehidupan hero,heroin novel Riana tu dan juga pasti nak tahu bagaimana mereka menyambut Raya kali ni. Riana harap2 dapat siapkan cerita ni seberapa segera yg boleh. Insya Allah. So, Riana mulakan dengan kisah Najib dan Najiha terlebih dahulu ya. Selamat membaca!

Monday, August 18, 2008

SEMPURNA…

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku
Ku kan selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua 
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah jantungku…
Kau adalah darahku…
Kau adalah hidupku…
Pendamping diriku oh sayang kau bagiku… sempurna…

Thursday, March 6, 2008

Testing blog

Testing… testing!